top of page

Latihan E-mel Tidak Rasmi = Wabak Covid-19

Arahan: Baca soalan dengan teliti dan kemudian, cuba ikuti panduan untuk menjawab soalan ini. 

  • Sesuai untuk Peringkat Menengah 1E & 1NA 

Format Pendahuluan 

Akronim: 'DKTS'

Perenggan Pendahuluan Akronim: 'TJRT'

Konteks &

Kenal pasti

Kehendak Soalan 

Format Penutup

Akronim: 'SY' 

Perenggan Penutup 

Akronim: 'HK'

Nama Rakan Saya Dalam E-mel Ini 

Nama Saya

Dalam E-mel Ini 

Bolehkah kamu menjawab soalan-soalan berikut? 

  1. Ada berapa kehendak soalan di dalam e-mel ini? 
    Jawapan: Ada 2 Kehendak Soalan 

  2. Apakah kehendak soalan yang diminta dalam soalan e-mel ini?
    Jawapan:

    KS1 > Menyarankan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga untuk mengisi masa lapang di rumah semasa tempoh pemutus rantaian 
    KS2 > Apakah langkah keselamatan yang awak sekeluarga amalkan untuk melawan wabak Covid-19 ini? 

  3. Berapa banyak aktiviti dan langkah keselamatan yang perlu kamu berikan ketika menjawab soalan e-mel ini? 
    Jawapan: Sekurang-kurangnya 2 aktiviti dan 1 langkah keselamatan 

Kenali  setiap bahagian penting dalam soalan

e-mel ini. 

Apakah 2 aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bersama keluarga? 

Aktiviti 1 

Isi (Apakah aktiviti yang boleh dilakukan?):

  • Belajar kemahiran baharu.​

Ceritakan (Berikan contoh yang spesifik):

  • Belajar memasak hidangan kegemaran daripada ibu di rumah. 

  • Hidangan yang mudah seperti nasi goreng dan membuat kuih ondeh-ondeh. 

Huraian (Bagaimanakah atau mengapakah cara itu berkesan?): 

  • Boleh berdikari untuk memasak hidangan sendiri jika ibu tiada di rumah. 

  • Boleh membantu ibu menyediakan makanan untuk keluarga dengan cepat. 

Aktiviti 2 

Isi (Apakah aktiviti yang boleh dilakukan?):

  • Membersihkan rumah. 

Ceritakan (Berikan contoh yang spesifik):

  • Menyapu dan mengemop lantai. 

  • Mengemas bilik sendiri. 

Huraian (Bagaimanakah atau mengapakah cara itu berkesan?): 

  • Rumah akan sentiasa kelihatan rapi dan cantik. 

  • Rumah tidak akan berhabuk dan selesa untuk ahli keluarga yang tinggal di rumah yang sama. 

  • Dapat meringankan tugas seharian ibu di rumah. 

Langkah Keselamatan 1

Isi (Apakah langkah yang boleh dilakukan?):

  • Menjaga jarak selamat apabila keluar rumah. 

Ceritakan (Berikan contoh yang spesifik):

  • Menjauhkan diri dari tempat-tempat yang ada ramai orang.

  • Berdiri dengan jarak satu 1 meter dari orang lain. 

  • Tidak berkumpul lebih dari lima orang dalam setiap masa. 

Huraian (Bagaimanakah atau mengapakah langkah itu itu berkesan?): 

  • Dengan menjaga langkah jarak selamat, awak boleh kurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19. 

  • Awak juga telah memainkan peranan sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin atas diri sendiri dan orang lain. 

Sekarang, kamu sudah mempelajari dan memahami bagaimana untuk menjawab kehendak soalan dalam e-mel ini. 

​

Seterusnya, kamu boleh menggunakan format e-mel  tidak rasmi untuk melengkapkan penulisan yang penuh. 

​

Selamat mencuba! :) 

bottom of page